Sesi Perkongsian Ilmu: Latihan Sangkut Di Jabatan Arkib Universiti (JAU)

Pada 22 Februari 2022 Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Sesi Perkongsian Ilmu: Latihan Sangkut Di Jabatan Arkib Universiti (JAU) bersama semua staf PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi ini dijalankan secara atas talian selama 2 jam melalui platform Cisco Webex. Penerangan mengenai pengurusan rekod universiti ini telah disampaikan oleh semua staf Unit Arkib Cawangan Melaka (UACM) yang diketuai oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman.

Sepanjang Latihan Sangkut segala perkongsian maklumat dan masalah dalam setiap proses kerja telah dapat dibincangkan dan diselesaikan bagi memudahkan proses kerja yang akan dijalankan bagi menyokong PTAR dalam Pembangunan Arkib Universiti dan memantapkan lagi Pengurusan Rekod Universiti bagi seluruh UiTM.

Objektif UACM menjalani latihan sangkut ini bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan memantapkan lagi kemahiran dan kompetensi staf UACM dengan proses-proses pengurusan rekod dan arkib, klasifikasi fail, perolehan dan penerimaan rekod penting, pemeliharaan dan pemuliharaan bahan, rujukan dan penyelidikan bahan dan lain-lain fungsi yang berkaitan dengan proses kerja Arkib adalah tercapai.

Pengisian Sesi Perkongsian Ilmu: Latihan Sangkut Di Jabatan Arkib Universiti adalah seperti berikut:

  • Lawatan Penandaarasan
  • Lawatan Penandaarasan
  • Pengurusan Rekod & Fail
  • Pelantikan Pengurus Rekod
  • Pelupusan Rekod Awam & Kewangan
  • Pengurusan Rekod Kendiri PTJ
  • Penerimaan Rekod Penting Universiti
  • Pendaftaran Rekod Penting Ke AMS
  • Cetak Label Bahan & Label Kotak (QR Kod)
  • Pengeyahan Bendasing Bahan Arkib
  • Pendigitalan Bahan Arkib
  • Unit Penyelidikan dan Dokumentasi JAU
  • Repositori Khazanah Melayu
  • Repositori e-Gallery UiTM
  • Lawatan Ke GTAR, UiTM Shah Alam
  • Rumusan

Pautan Nota & Rakaman Sesi Perkongsian Ilmu: https://melaka.library.uitm.edu.my/pages/upcoming-event/latest-ptar/485-sharingarkib

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply