Live@PTAR Bicara Pakar: Komunikasi Warisan; Mengkomunikasikan Sejarah Perjuangan Bangsa

Live@PTAR Bicara Pakar tahun 2022 bermula dengan topik Komunikasi Warisan: Mengkomunikasikan Sejarah Perjuangan Bangsa bersama Profesor Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad, Dekan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Program ini telah berlangsung pada 25 Februari 2022, Jumaat pada jam 10:00 pagi.

Program yang menampilkan Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz selaku moderator, membicarakan komunikasi warisan dalam konteks perjuangan bangsa.

Antara petikan menarik program bicara pakar ini apabila Dr. Abdul Mua’ti memetik pernyataan seorang penulis buku berjudul Architects of Deception – Secret History of Freemasonry oleh Juri Lina, yang menyatakan bahawa ada tiga cara untuk melemahkan dan menjajah sesuatu negeri iaitu pertama, kaburkan sejarahnya; kedua, hancurkan buku-buku sejarahnya sehingga tidak lagi diteliti dan dibuktikan kebenarannya; ketiga, putuskan mereka dengan leluhur dengan mengatakan leluhurnya itu bodoh dan sebagainya.

Topik menarik ini telah disampaikan secara berkesan sehingga berjaya menarik penonton seramai 4,949 orang penonton. Video bicara pakar ini boleh dicapai di URL YouTube https://www.youtube.com/watch?v=i27CwY-QDRg

Profesor Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri bin Ahmad selaku panel jemputan program bicara pakar.
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply