Live@PTARUiTMCPP : Mengapa Buku Jadi Terapi?

Dr. Norshila Shaifuddin selaku panel jemputan bersama moderator Cik Nurul Rahma Kawsin

Penganjuran program Live@PTAR UiTMCPP: Mengapa Buku Jadi Terapi pada 20 Januari yang lepas, merupakan usaha untuk meningkatkan pengetahuan komuniti universiti tentang biblioterapi. Program ini dilaksanakan secara langsung melalui platform Youtube Rasmi PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang serta Facebook rasmi PTAR Kampus Permatang Pauh.


Program yang berlangsung selama 1 jam ini mengetengahkan Dr. Norshila Shaifuddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Kampus Puncak Perdana sebagai panel jemputan. Beliau turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA).


Melalui program ini panel jemputan telah membuat perkongsian mengenai terapi jiwa melalui buku atau lebih dikenali sebagai biblioterapi. Biblioterapi ialah satu cara terapi yang menggunakan literatur dan puisi/sajak bagi menangani masalah psikologi, sosial dan emosi. Walaupun ‘Biblioterapi’ tidak membantu menyembuhkan masalah psikologi sepenuhnya, namun melalui pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian ianya mampu membantu mengurangkan tekanan serta membangunkan jiwa yang keresahan.


Diakhir sesi, panel jemputan turut berkongsi contoh bahan-bahan bacaan yang boleh digunakan untuk biblioterapi serta beliau turut menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh penonton.

Panel jemputan bergambar bersama ahli jawatankuasa program

Pautan program: https://youtu.be/bgUPIxDE0Nc

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply