Pameran Maya: Sejarah Dan Asal Usul Tahun Baru Cina

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menjalankan pameran maya bertajuk “Sejarah dan Asal Usul Tahun Baru Cina”. Pameran ini diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022 pada 1 & 2 Februari 2022. Objektif pameran ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua warga UiTM dan rakyat Malaysia mengenai sejarah dan asal usul Tahun Baru Cina yang merupakan salah satu perayaan yang diraikan dalam Malaysia. Objektif kedua pameran ini diadakan adalah bagi mengenali adat budaya masyarakat cina semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, secara tidak langsung pameran ini dapat menerapkan dan menggalakkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia. Pameran maya ini boleh diakses di laman sesawang PTAR UiTM Cawangan Melaka di bahagian Vitual Exhibition

Pautan Pameran Mayahttps://melaka.library.uitm.edu.my/virtual-exhibition/466-tahunbarucina

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply