Lawatan Penandaarasan PTAR UiTM Cawangan Melaka Di Jabatan Arkib Universiti (JAU), UiTM Shah Alam

Pada 24 Januari 2022 PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Lawatan Penandaarasan Di Jabatan Arkib Universiti (JAU), UiTM Shah Alam. Lawatan ini telah disertai oleh 7 orang staf Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Noor Hayati binti Abu Kassim. Lawatan ini dijalankan adalah untuk melihat sendiri proses penyimpanan fail dan rekod penting university yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam serta memberi peluang kepada staf Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka bagi menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan tugas-tugas pengurusan rekod dan arkib dalam mengendalikan koleksi bahan arkib. Kehadiran kami telah disambut oleh Ketua Jabatan Jabatan Arkib Universiti, Encik Ahmad Amiri Mohamad, Ketua Unit Konsultasi dan Penyelidikan, Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Unit Pemuliharaan Bahan, Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman dan Ketua Galeri Tun Abdul Razak, Puan Roszainatul Haizan Rusili bagi sesi taklimat dan pengenalan mengenai jabatan.

Berikut disertakan tentatif ringkas program Lawatan Penandaarasan:

0830am   – Ketibaan Tetamu Dan Peserta

0900am   – Sesi Taklimat Pengenalan Dan Soal Jawab

1200pm   – Lawatan Sekitar JAU

1245pm   – Sesi Bergambar Dan Penyampaian dan Cenderhati

1300pm   – Bersurai

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply