Latihan Sangkut PTAR UiTM Cawangan Melaka Di Jabatan Arkib Universiti UiTM Shah Alam

Pada 24 – 28 Januari 2022 PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan Latihan Sangkut (Job Attachment) Di Jabatan Arkib Universiti (JAU), UiTM Shah Alam. Latihan ini telah disertai oleh 5 orang staf Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka dan diketuai oleh Pustakawan, Cik Ilya Nur Fateen binti Othman. Latihan ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan memantapkan lagi kemahiran dan kompetensi staf perpustakaan dengan proses-proses pengurusan rekod dan arkib, klasifikasi fail, perolehan dan penerimaan rekod penting, pemeliharaan dan pemuliharaan bahan, rujukan dan penyelidikan bahan dan lain-lain fungsi yang berkaitan dengan proses kerja Arkib. Latihan ini telah Berjaya disampaikan oleh Ketua Jabatan Jabatan Arkib Universiti, Encik Ahmad Amiri Mohamad, Ketua Unit Konsultasi dan Penyelidikan, Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Unit Pemuliharaan Bahan, Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman, Ketua Unit Rekod dan Arkib, Puan Azniza Mohamad Nor dan Ketua Galeri Tun Abdul Razak, Puan Roszainatul Haizan Rusili bagi sesi taklimat sepanjangan latihan sangkut ini dijalankan.

Berikut disertakan tentatif ringkas program latihan sangkut:

24 Januari 2022 – Proses Pendaftaran Rekod ke dalam Sistem AMS

25 Januari 2022 – Proses Pemuliharaan Bahan

26 Januari 2022 – Proses Pengurusan Rekod dan Fail

                           – Proses Perlupusan Rekod (AM & Kewangan)

                           – Proses Pelantikan Pengurus Rekod

27 Januari 2022 – Proses Kerja Unit Penyelidikan dan Dokumentasi

                           – Proses Audit Kendiri PTJ

28 Januari 2022 – Proses Muat Naik Bahan Ke Dalam e-Gallery UiTM

                           – Rumusan dan Penutup

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply