Demi memastikan petunjuk prestasi utama dan petunjuk prestasi PTAR berada pada asas yang kukuh dan mampan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Pentadbiran Organisasi (JPO) telah menganjurkan Pra Bengkel Kajian Semula Perancangan Strategik 2022. Bengkel yang telah diadakan pada 04 Februari 2022 ini telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua unit PTAR Shah Alam bertujuan untuk semakan semula dan penambahbaikan di tahun 2022 berkaitan perancangan strategik PTAR ke arah GRU 2025 (Globally Renowned University 2025). Hasil daripada pra bengkel ini akan dibawa ke Bengkel Kajian Semula Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM ke Arah Mencapai Globally Renowned University 2025 pada 8 hingga 10 Februari 2022 yang akan dihadiri oleh semua staf profesional PTAR termasuklah dari PTAR cawangan. Semoga dengan penganjuran pra bengkel ini akan memberi impak yang dikehendaki di Bengkel Kajian Semula nanti.