Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Pameran Maya: Malaysia Agreement 1963 Dari Sudut Bumi Kenyalang

MALAYSIA AGREEMENT 1963 DARI SUDUT BUMI KENYALANG

Mari kita imbas kembali apa itu Malaysia Agreement 1963 atau dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963. Perjanjian ini lebih dikenali dalam kalangan rakyat Sarawak sebagai MA63.

Pameran maya ini adalah bertujuan untuk kita bersama-sama mempelajari apa itu MA63. Disamping itu, pameran maya ini juga memberi pendedahan apa yang terkandung di dalam perjanjian ini dan apa kaitan dengan negeri Sarawak. Pameran ini juga memberi ilmu tentang kesan perjanjian ini kepada pembangunan negeri Sarawak serta perjuangan pemimpin negeri Sarawak dalam MA63.