Karnival Ilmu@PAB Perpustakaan Al-Bukhari merupakan sebuah inisiatif anjuran Perpustakaan Al-Bukhari dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan, agensi kerajaan, pertubuhan komuniti serta rakan strategik dari dalam dan luar UiTM.
Karnival ini berlangsung dari 2 Oktober hingga 15 Oktober 2025, dan bertujuan memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu yang inklusif, progresif dan berorientasikan komuniti, selari dengan aspirasi untuk menjadikan perpustakaan sebagai nadi kecemerlangan akademik dan pembangunan masyarakat.
Pelbagai program dianjurkan sepanjang karnival ini melibatkan aktiviti berteraskan:
Teknologi dan kecerdasan buatan (AI)
Citizen science dan biodiversiti
Kesusasteraan dan dunia penulisan
Literasi maklumat dan kemahiran digital
Kesihatan mental dan pengurusan diri
Warisan budaya dan seni tulisan Jawi
Karnival ini membuka ruang pembelajaran yang lebih luas kepada warga kampus dan masyarakat setempat, menggalakkan penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti intelektual, kreatif, dan kolaboratif. Ia juga menjadi platform penting untuk memupuk minat membaca, menulis, meneroka ilmu baharu, serta mengukuhkan jalinan perpustakaan dengan komuniti.
Maklumat Lanjut : https://library.uitm.edu.my/pahang/karnival
Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services | |
+603 5544 3716 | Customer Services | |
+603 5544 3727 | Corporate Unit | |
korporatptar@uitm.edu.my | |
Join Channel - @uitmlibrary | |
Click here to view QR Code | |
Facebook Chief Librarian | |