ππ πππ¦πππ’π₯ππ°ππ₯ πππππ | ππ ππ¨π―ππ¦πππ« ππππ
SHAH ALAM: Persekutuan Alumni UiTM dan Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) terus menonjolkan kepakaran serta kisah inspirasi alumni melalui Podcast Zaman Now. Pada sesi rakaman terkini yang berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak petang tadi, Dato' Chef Ismail Ahmad, figura terkenal dalam dunia kulinari, tampil berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh warna.
Chef selebriti, usahawan, dan duta masakan tradisional Melayu itu mengimbau kenangan sewaktu bergelar pelajar di ITM Shah Alam pada tahun 1981 dalam bidang Pengurusan Hotel & Penyediaan Makanan. Dalam sesi yang penuh santai dan nostalgia itu, Dato' Chef Ismail turut meluahkan rasa bangga terhadap evolusi institusi pendidikan tersebut. Beliau sempat meneliti fail peribadi pelajarnya yang diambil dari Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA, menggambarkan ia sebagai salah satu momen yang paling bermakna dalam hidupnya.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Profesor Madya Datin Sri Dr. Nazura Mohamed Sayuti, Pengarah Alumni Network Centre, yang menyokong usaha berterusan memperkasakan alumni UiTM.
Sementara itu, satu lagi episod menarik Podcast Zaman Now berjaya dirakam pada 14 November 2024, menampilkan dua alumni yang kini aktif sebagai sukarelawan di Gaza. Saudari Nabihah Zakaria, alumni Sains, dan Hendrawati Mohd Sapuan, alumni Fakulti Farmasi, berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika menjalankan misi bantuan di Gaza. Kisah mereka tentang cabaran, pengorbanan, dan kepentingan kemanusiaan memberikan perspektif mendalam kepada para pendengar.
Siri penuh podcast ini bakal menemui penonton tidak lama lagi. Nantikan kisah-kisah inspirasi daripada alumni UiTM yang terus membanggakan tanah air di peringkat antarabangsa!
Β