10 Jamadilawal 1446H | 12 November 2024
Shah Alam — Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengekalkan reputasinya sebagai destinasi pilihan bagi pelawat dari dalam dan luar negara. Terbaru, PTAR menerima kunjungan delegasi dari Universitas Hasanuddin, salah satu universiti terbesar di Indonesia yang terletak di Makassar.
Lawatan ini mencerminkan hubungan akademik yang semakin erat antara Malaysia dan Indonesia, di mana PTAR diiktiraf sebagai pusat sumber ilmiah bertaraf antarabangsa. Sepanjang lawatan, delegasi Universitas Hasanuddin berpeluang meninjau pelbagai koleksi perpustakaan serta kemudahan digital dan sistem pengurusan maklumat yang canggih di PTAR.
Lawatan sebegini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua institusi, membuka ruang kolaborasi lebih luas dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, sekaligus mengukuhkan kedudukan PTAR sebagai pusat rujukan dan kerjasama antarabangsa.