Friday, 25 Jamadilakhir 1446
Friday, 27 December 2024

Library News

Lawatan Kolej Vokasional Shah Alam (Siri 3)

PTAR telah menerima lawatan sambil belajar (Siri 3) dari Kolej Vokasional Shah Alam. Siri lawatan ini adalah bagi melengkapkan modul Ms Word Formatting dan Experiential Tour bagi Program Khidmat Komuniti Bersama Pelajar Negeri Selangor. 

Seramai 38 orang pelajar dari program Diploma Teknologi Pemesinan Industri bersama-sama 4 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini.


Pembelajaran yang diperolehi sepanjang lawatan ini adalah :

  1. Taklimat Ms Word Formatting secara hands-on yang disampaikan oleh Encik Mohd Fitri Bin Ruslan (Pembantu Pustakawan Tertinggi)
  2. Experiential Tour Perpustakaan UiTM oleh Puan Siti Salwa A. Rahman (Pustakawan Kanan) di PTAR Utama dan Puan Rizana Mohd Radwan (Pustakawan Kanan) di PTAR Kejuruteraan
  3. Experiential tour ke makmal-makmal di Kolej Pengajian Kejuruteraan yang diuruskan oleh Ts Ameran Saiman
    - Bahagian Kimpalan - Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
    - Advanced Manufacturing
    - Bengkel Pemesinan (Bahagian Kisar, bahagian Larik, bahagian Gegas, bahagian Kepingan Logam dan Makmal CNC
  4. Tour @ UiTM oleh sukarelawan PTAR, Cik Syazwani Izzati Binti Asari yang telah memberikan penerangan berkaitan lokasi-lokasi kolej pengajian/Fakulti/Pusat Tanggungjawab dan kemudahan yang terdapat di UiTM Shah Alam menggunakan bas dan diiringi oleh Polis Bantuan yang bertugas.

PTAR ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak Kolej Pengajian Kejuruteraan dan semua pihak yang terlibat menjayakan Lawatan Sambil Belajar Siri 3 ini.

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.