Program Speed Reading @ PTAR Undang-Undang Bersama Pelajar Latihan Industri dari Indonesia
Pada 7 November 2024 (Jumaat), Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang - Undang (PTUU) UiTM Shah Alam telah menganjurkan satu program bertajuk Speed Reading yang bertempat di Pusat IT, PTAR Undang-Undang. Program ini telah berlangsung dari pukul 9:00 pagi hingga 11:00 pagi dan dipimpin oleh Ummi Halimatunssaadiya Shamsul Yuzli, seorang Pustakawan Kanan di PTAR.
Program Speed Reading ini bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kecekapan membaca dengan lebih pantas tanpa mengabaikan pemahaman teks. Kemahiran ini amat penting, terutamanya bagi pelajar dan penyelidik yang sering berhadapan dengan sejumlah besar bahan bacaan.
Secara keseluruhannya, program Speed Reading yang dianjurkan oleh PTUU ini mendapat sambutan positif daripada semua peserta.