Karnival Ilmu@PAB Perpustakaan Al-Bukhari

Event

Title:
Karnival Ilmu@PAB Perpustakaan Al-Bukhari
When:
Thu, 2. October 2025, 08:00 h - Wed, 15. October 2025, 05:00 h

Description

Karnival Ilmu@PAB Perpustakaan Al-Bukhari merupakan sebuah inisiatif anjuran Perpustakaan Al-Bukhari dengan kerjasama pelbagai institusi pendidikan, agensi kerajaan, pertubuhan komuniti serta rakan strategik dari dalam dan luar UiTM.

Karnival ini berlangsung dari 2 Oktober hingga 15 Oktober 2025, dan bertujuan memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu yang inklusif, progresif dan berorientasikan komuniti, selari dengan aspirasi untuk menjadikan perpustakaan sebagai nadi kecemerlangan akademik dan pembangunan masyarakat.

Pelbagai program dianjurkan sepanjang karnival ini melibatkan aktiviti berteraskan:

  • Teknologi dan kecerdasan buatan (AI)

  • Citizen science dan biodiversiti

  • Kesusasteraan dan dunia penulisan

  • Literasi maklumat dan kemahiran digital

  • Kesihatan mental dan pengurusan diri

  • Warisan budaya dan seni tulisan Jawi

Karnival ini membuka ruang pembelajaran yang lebih luas kepada warga kampus dan masyarakat setempat, menggalakkan penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti intelektual, kreatif, dan kolaboratif. Ia juga menjadi platform penting untuk memupuk minat membaca, menulis, meneroka ilmu baharu, serta mengukuhkan jalinan perpustakaan dengan komuniti.

Maklumat Lanjut : https://library.uitm.edu.my/pahang/karnival


Venue