Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang akan mengadakan Program Cilik Dinamik: Pelapis Kepimpinan PSS bersama pelajar SK (RKTP) Kampong Awah dan SK (LKTP) Jengka 19.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 16 Julai 2025 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang
Objektif utama program ini adalah untuk:
Memupuk nilai kepimpinan, tanggungjawab, dan kerjasama dalam kalangan pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) sejak di peringkat sekolah rendah.
Meningkatkan kemahiran komunikasi, organisasi, dan pemikiran kreatif melalui pelbagai aktiviti interaktif dan berimpak tinggi yang telah dirancang.
Kerjasama strategik antara pihak Perpustakaan Al-Bukhari dan sekolah-sekolah terlibat menunjukkan komitmen berterusan dalam menyemai budaya ilmu dan membentuk generasi pelapis yang cemerlang serta dinamik.
Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
+603 5544 3793 | Consultation Services | |
+603 5544 3716 | Customer Services | |
+603 5544 3727 | Corporate Unit | |
korporatptar@uitm.edu.my | |
Join Channel - @uitmlibrary | |
Click here to view QR Code | |
Facebook Chief Librarian | |