Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan segala hormatnya, pihak kami ingin menjemput semua warga UiTM Kampus Dengkil untuk menghadiri program berikut:
Program: Jom Baca Bersama 10 Minit
Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi – 11.10 pagi
Tempat: Bangunan Dinamik, UiTM Kampus Dengkil
Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga kampus serta memperkenalkan kemudahan perpustakaan mudah alih yang menyediakan pelbagai bahan bacaan menarik, perkhidmatan konsultasi dan lain-lain lagi.
Kerjasama dan kehadiran warga kampus UiTM Kampus Dengkil amat kami hargai bagi memeriahkan program ini.
Jumpa anda di sana!