Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Jom Baca Bersama 10 Minit UiTM Cawangan Perlis

Event

Title:
Jom Baca Bersama 10 Minit UiTM Cawangan Perlis
When:
Wed, 23. April 2025, 11:00 h - 11:10 h
Jom Baca Bersama 10 Minit UiTM Cawangan Perlis

Description

 JOM BACA BERSAMA 10 MINIT: NIKMATI SAAT INI!

Tarikh: 23 April 2025

Waktu: 11.00 pagi hingga 11.10 pagi (serentak seluruh Malaysia)

 

Ayuh warga UiTM! Luangkan masa anda selama 10 minit sahaja untuk membaca sama ada buku fizikal atau koleksi e-book yang boleh dilayari di:

https://permata.uitm.edu.my/

 

Kongsikan detik menarik anda secara kreatif semasa membaca di media sosial dengan menggunakan tanda pagar:

#malaysiamembaca #uitmmembaca #uitmdihatiku #libraryuitm

 

Nikmati Saat Ini!

Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diraikan setiap 23 April, sebuah program yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

 

Jom sama-sama kita pupuk budaya ilmu demi melahirkan warga UiTM yang unggul dan berwawasan!

 

Bacaan Alternatif menggunakan portal e-book

Langkah-langkah akses e-book:

Login ke Portal Permata di https://permata.uitm.edu.my/

(Login menggunakan GmailUiTM atau IStudentPortal)

>Klik pada Information Resources

>Pilih Online Resources

>Pilih sama ada e-book Portal atau e-Lib

 

NOTA TAMBAHAN :

Mohon daftarkan buku yang telah dibaca (buku sendiri atau bahan bacaan lain selain yang dipinjam di PTAR) melalui Portal Permata dengan langkah berikut:

 

Login ke Portal Permata di https://permata.uitm.edu.my/

(Login menggunakan GmailUiTM atau IStudentPortal)

>Pilih My Account

>Pilih menu REGISTER MY READING

 

#malaysiamembaca #uitmmembaca #uitmdihatiku #libraryuitm