Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang menjemput semua warga UiTM untuk menyertai program Jom Membaca 10 Minit! Bahan bacaan disediakan oleh pihak perpustakaan. Luangkan hanya 10 minit masa anda untuk bersama-sama membaca dalam suasana yang harmoni dan penuh inspirasi.
e-Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.
Mari kita semarakkan budaya membaca sebagai amalan harian dan jambatan perpaduan dalam komuniti ilmu.