Bengkel Permata: Penggunaan e-Lib dan My Reading

Event

Title:
Bengkel Permata: Penggunaan e-Lib dan My Reading
When:
Wed, 26. March 2025, 09:00 h - 12:00 h
Bengkel Permata: Penggunaan e-Lib dan My Reading

Description

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa bengkel PERMATA : Penggunaan e-Lib dan My Reading anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar akan diadakan dan kami ingin menjemput staf pentadbiran (Pengurusan dan Profesional) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar untuk turut serta dalam program ini. 

Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 Mac 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Bilik IT 2, PTAR Kampus Seri Iskandar

Objektif bengkel ini adalah untuk :

  1. Memperkenalkan sistem baru PTAR iaitu Sistem PERMATA dan e-Lib kepada seluruh warga UiTM Cawangan Perak.
  2. Meningkatkan penggunaan koleksi digital perpustakaan dalam kalangan staf universiti melalui Sistem PERMATA.
  3. Menggalakkan budaya membaca secara digital dalam kalangan warga UiTM Cawangan Perak.

Tuan/Puan diminta untuk mengesahkan kehadiran dengan mengisi Google Form sebelum 25 Mac 2025 (Selasa) jam 12.00 tengah hari.

Link Google Form - https://forms.gle/JQdGw4aaWeBrwS3d6 

Jam latihan ICT akan diberikan kepada peserta yang hadir.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 


Venue

Location:
PTAR, Perak