Hari Mesra Pelanggan 2025 : Libraries Reloaded - The AI Revolution

Event

Title:
Hari Mesra Pelanggan 2025 : Libraries Reloaded - The AI Revolution
When:
Mon, 3. November 2025, 08:30 h - 17:00 h
Hari Mesra Pelanggan 2025 : Libraries Reloaded - The AI Revolution

Description

Dalam era digital masa kini, perpustakaan berdepan pelbagai cabaran dalam mengurus maklumat, menyesuaikan perkhidmatan dengan keperluan pengguna, serta memastikan relevansi dalam ekosistem teknologi yang pantas berubah.

Sebagai respons kepada cabaran ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak mengambil inisiatif menganjurkan Hari Mesra Pelanggan (HMP) PTAR 2025, bertemakan “Libraries Reloaded: The AI Revolution” pada 12 November 2025 bertempat di Ruang Legar Aras Bawah PTAR Kampus Samarahan 2.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga UiTM Cawangan Sarawak dan komuniti setempat mengenai potensi serta keberkesanan Kecerdasan Buatan (AI) dalam memperkasa pengurusan perpustakaan dan penyampaian perkhidmatan maklumat yang lebih efisien dan interaktif.

Program ini turut melibatkan kolaborasi strategik bersama agensi dan institusi awam seperti Perpustakaan Awam Bintangor, Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY), Jawatankuasa Kelestarian Kampus UiTM Sarawak, Pusat Kelestarian Universiti, UNIMAS serta sukarelawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Majlis ini turut diserikan dengan Majlis Penutupan Community Intellectual Program (CIP) sebagai simbol penghargaan kepada semua peserta dan komuniti yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif perkongsian ilmu serta pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan.


Venue

Location:
PTAR, Sarawak