Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Syarahan Perdana A. Kadir Adabi

📖 SYARAHAN PERDANA A. KADIR ADABI 📖

 

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dengan kerjasama Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan, Akademi Pengajian Bahasa & Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan akan menganjurkan Program Syarahan Perdana A. Kadir Adabi sebagai usaha memperkasakan penggunaan dan penghargaan terhadap keindahan Bahasa Melayu, serta mengangkat tokoh ilmuan tersohor negeri Kelantan.

 

Program istimewa ini menampilkan tokoh tersohor tanah air:

 

🎙 YBhg. KEPT (B) TLDM Dato' Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob

Canselor, Innovative University College, Selangor

💬 “Sastera sebagai Denyut Nadi Bangsa: Menjaga Jiwa dalam Arus Moden”

 

🎙 YBrs. Encik Rosli K. Matari

Sasterawan Negeri Kelantan

💬 “Bicara Pengantar A. Kadir Adabi”

 

Maklumat program adalah seperti berikut:

🗓 Tarikh: 2 November 2025 (Ahad)

⏰ Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari

📍 Tempat: HRD(A), UiTM Cawangan Kelantan

📌 Platform: Saluran YouTube Rasmi UiTM Cawangan Kelantan

 

Turut hadir:

🎤 YBhg. Dato’ Haji A. Aziz Deraman

(Pengerusi Yayasan Karyawan / Presiden PERADABAN)

🎤 YBrs. Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani

(Rektor UiTM Cawangan Kelantan)

 

📚 Bersama-sama kita hayati perjuangan dan pemikiran besar tokoh bahasa dan sastera yang telah membentuk jiwa bangsa!

✨ “Bahasa Jiwa Bangsa — Warisan Kita, Tanggungjawab Bersama.” ✨

Sekian, terima kasih.

 

 

اوسها، تقوى، موليا

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 
Tags: