Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Sesi Speed Reading Eksklusif yang akan berlangsung pada Julai 2025.
Program ini direka khas untuk membantu anda meningkatkan kemahiran membaca dengan lebih pantas dan berkesan. Dibimbing oleh tenaga pengajar dan fasilitator berpengalaman, anda akan mempelajari teknik membaca pantas yang telah terbukti dapat mengubah cara anda mengakses, memahami, dan menguasai maklumat.
π― Kenapa Anda Perlu Sertai?
-
Belajar teknik membaca pantas yang terbukti berkesan
-
Tingkatkan daya fokus dan pemahaman
-
Sesuai untuk pelajar, penyelidik dan profesional
π
Tarikh: Julai 2025
π Lokasi: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam
π Slot adalah TERHAD!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tempah tempat anda sekarang sebelum penuh!
π Pendaftaran di sini: http://qr.library.uitm.edu.my/3591