Perpustakaan UiTM dengan sukacitanya memaklumkan bahawa koleksi digital kami kini diperkaya dengan akses kepada JendelaDBP. Platform ini menghimpunkan sembilan majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terus menjadi rujukan penting dalam dunia bahasa, sastera, budaya, masyarakat, ekonomi dan perkembangan intelektual. Majalah yang tersedia merangkumi:
- Dewan Bahasa
- Dewan Sastera
- Tunas Cipta
- Dewan Budaya
- Dewan Tamadun Islam
- Dewan Kosmik
- Dewan Masyarakat
- Dewan Ekonomi
- Dewan Siswa
Akses boleh dibuat melalui:
Nota penting: Akses ke platform ini memerlukan kata laluan khas. Kata laluan boleh diperoleh melalui perkhidmatan Chat With Librarian.
Semoga sumber ini menambah nilai dalam usaha pembacaan, pembelajaran dan penyelidikan warga UiTM. Selamat meneroka!

