Dimaklumkan bahawa semua perpustakaan di UiTM Shah Alam akan ditutup pada 27 hingga 29 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan bekalan elektrik.
Penutupan ini melibatkan perpustakaan berikut:
-
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
-
Perpustakaan Undang-Undang
-
Perpustakaan Kejuruteraan
-
Perpustakaan Sains & Teknologi
-
Perpustakaan Alam Bina
⚠️ PERHATIAN! Beberapa sistem perkhidmatan digital perpustakaan (termasuk Sistem Utama Perpustakaan dan repositori) juga mungkin akan terjejas buat sementara waktu.
Operasi dijangka disambung semula pada 30 Jun 2025 (Isnin).
📌 Sila rancang urusan anda dan buat persediaan awal.
Sekian, harap maklum.