Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Puncak Alam akan menganjurkan program Executive Talk Siri 6/2025 bertemakan “Masa Depan Populasi Malaysia: Cabaran Demografi dan Kesihatan Reproduktif”.
📅 22 Oktober 2025 (Rabu)
🕗 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Auditorium 2, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM Puncak Alam
Program ini bertujuan membuka ruang wacana intelektual bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu kependudukan yang semakin mencabar, termasuk aspek kesihatan reproduktif, perubahan demografi, kesejahteraan keluarga dan pembangunan mampan.
Melalui sesi perkongsian ini, pelbagai pihak termasuk pembuat dasar, penyelidik, pengamal kesihatan dan masyarakat umum dijangka memperoleh manfaat serta pandangan baharu ke arah pendekatan bersepadu yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan dan dasar-dasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Bersempena dengan program ini, turut diadakan Peluncuran “Tinta Nurani: Wadah Ilmu dan Inspirasi” serta Majalah Paradigma Sosial 2025 (ISM). Tinta Nurani merupakan inisiatif penerbitan oleh Jabatan Psikiatri, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) yang bertujuan menyebarluaskan pengetahuan kesihatan mental kepada komuniti, selain menyokong aktiviti pendidikan dan pembangunan masyarakat.
Majlis penutupan program ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Semua warga UiTM dan HASA dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.