Administrative

Library Directory

Program Literasi Maklumat Bersama Sk Bukit Tiu

Program Literasi Maklumat Bersama Sk Bukit Tiu

📌 PROGRAM LITERASI MAKLUMAT BERSAMA SK BUKIT TIU
Tema: Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa

Machang, 25 Ogos 2025 – Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) telah menganjurkan Program Literasi Maklumat bersama murid Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu, Machang.

Program yang berlangsung di Bilik Seminar PTA ini turut dihadiri oleh tiga (3) orang wakil pengurusan sekolah, yang menyatakan penghargaan atas usaha UiTM memperkukuh budaya ilmu di peringkat sekolah rendah.

Seramai 40 murid telah menyertai sesi literasi maklumat yang memberi pendedahan tentang kemahiran mengakses, menilai dan menggunakan maklumat secara berkesan. Suasana program menjadi lebih interaktif dengan penglibatan aktif murid melalui soal jawab serta aktiviti bimbingan.

Selepas sesi utama, peserta bersama guru pengiring dan wakil pengurusan sekolah turut dibawa melawat pameran Diploma Show FSSR yang menampilkan karya kreatif mahasiswa UiTM, serta meninjau ruang utama PTA. Lawatan ini membuka peluang kepada murid untuk mengenali dunia seni, menghargai kreativiti, serta memahami fungsi perpustakaan sebagai pusat ilmu.

Penganjuran ini bukan sahaja memperkukuh kerjasama antara UiTM dan komuniti setempat, malah menjadi pemangkin kepada “pembudayaan ilmu membentuk adiwangsa” dalam kalangan generasi muda.