Monday, 21 Jamadilakhir 1446
Monday, 23 December 2024

About UiTM Libraries

GIVING@UiTM DONATION / SADAQAH

GIVING@UiTM DONATION / SADAQAH

Kutipan sumbangan derma wang tunai ini adalah berdasarkan pengecualian cukai pendapatan yang telah digariskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di bawah peruntukan subseksyen 44 (8) Akta Cukai Pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan. Sumbangan derma berbentuk wang tunai ini adalah tidak melebihi RM20,000.00 dan penyumbang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan di bawah akta tersebut.

Walaubagaimanapun, penyumbang yang ada menjalankan perniagaan dan layak menuntut potongan di bawah perenggan 34 (6) (g), ACP maka penyumbang berkenaan tidak layak mendapat potongan di bawah subseksyen 44 (8), ACP.

Perpustakaan Universiti Teknologi MARA telah menggariskan satu inisiatif penjanaan pendapatan universiti melalui sumbangan derma wang tunai untuk kemudahan perpustakaan dari warga UiTM serta pihak luar. Sumbangan derma wang tunai ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya membuka peluang kepada orang ramai, orang perseorangan, alumni termasuk warga UiTM untuk turut sama menyumbang bagi menghasilkan pengembangan ilmu dalam bidang pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan demi membina masa depan ilmuan terbilang.


Link Sumbangan  

https://mykm.uitm.edu.my/sumbangan

Objektif Sumbangan

Objektif utama sumbangan derma wang tunai ini adalah:

  1. Untuk melengkapkan kemudahan perpustakaan.
  2. Untuk membiayai pembelian buku-buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi perpustakaan
  3. Menjana pendapatan hasil universiti

Faedah Sumbangan

  1. Pengecualian Cukai : Penyumbang layak mendapat Pengecualian Cukai Pendapatan dibawah sub seksyen 44 (8) Akta Cukai pendapatan 1967 berkenaan Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan bagi sumbangan derma wang tunai tidak melebihi RM20,000.00
  2. Keahlian Luar Perpustakaan UiTM (Selain Warga UiTM) mengikut kategori yang merujuk kepada kelulusan sebagai keahlian luar perpustakaan. Sila rujuk https://library.uitm.edu.my/en/digital-initiative/services/membership/131-external-membership

Click Here For >> PDF File


Click Here Dasar Pengurusan Hadiah dan Tajaan UiTM_2020

Click Here Pekeliling Bendahari- Tatacara Pengurusan Terimaan Sumbangan

PTAR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang kepada kemudahan perpustakaan. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik para penyumbang dan sentiasa dikurniakan rezeki yang tidak pernah putus.

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Alt Text

PROJEK SURAU ARAS 5

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam ingin memaklumkan mengenai kemudahan Surau@PTAR yang telah ditambahbaik kepada ruang yang lebih besar dan selesa. Surau ini juga boleh digunakan oleh semua warga UiTM dan pelawat yang berkunjung ke PTAR. 

Lokasi: Aras 5, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam

Peruntukan: Tabung Sumbangan Derma Wang Tunai Untuk Kemudahan Perpustakaan

Nilai: RM18,000.00

Tarikh Siap: 27 Mac 2023

Alt Text

PERISIAN TERKINI FIFA 2023

Ruang hiburan yang dipenuhi dengan peranti dan konsol permainan elektronik (eGames) dan mempunyai 3 set console PS4 untuk digunakan secara percuma.

Lokasi: Aras 3, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR 1), UiTM Shah Alam

Peruntukan: Tabung Sumbangan Derma Wang Tunai Untuk Kemudahan Perpustakaan

Nilai: RM630.00

Tarikh Siap: Mei 2023

Please publish modules in offcanvas position.