25 Tahun
UiTM Sebagai Universiti
Pada tarikh 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik.
Pada 26 Ogos 2024 nanti, genap 25 tahun transformasi nama kepada sebuah institusi dari Institut Teknologi MARA kepada Universiti Teknologi MARA.