Tuan Pengerusi, Saudara-saudara sekalian,

Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan ucapan terimakasih kepada para peserta semua atas kesediaan saudara-saudara menghadiri Seminar ini, dan terimakasih yang istimewa kepada saudara-saudara yang telah menyediakan kertaskerja untuk perbincangan Seminar selama tiga hari kelak.

Saya telah mengarahkan sendiri supaya diadakan Seminar yang khusus ini kerana kita sedang melangkah masuk ke satu babak yang penting dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Tahun pertama dalam jangka waktu Rancangan Malaysia Kedua baru saja selesai Sungguhpun pada amnya, usaha-usaha yang dijalankan setakat ini bergerak maju dan memuaskan, mustahaklah kita sekarang menumpukan perhatian kepada masaalah-masaalah yang tunbul dari pengalaman tahun pertama itu dan pengalaman kuasa-kuasa lampau dan memperbaiki kelemahan-kelemahan di mana terdapat. Dengan demikian, bolehlah kita menjamin kemajuan-kemajuan yang lebih sempurna sebagaimana yang. dicita-citakan itu.

Saudara-saudara.

Seperti sedia dimaklum tujuan muktamad Dasar Ekonomi Baru ialah hendak menjadikan masyarakat negara ini, terutama sekali masyarakat Melayu dan Bumiputra, maju dan moden dalam ertikata yang sepenuhnya. Kita hendak mengubah masyarakat yang masih bercorak tradisional dan custom-oriented menjadi masyarakat dinamis dan economic-oriented seperti bangsa-bangsa yang sudah maju.

Saya yakin kita boleh melakukan perubahan ini beransuransur melalui proses-proses perkembangan sehari-hari dalam masyarakat. Yang amat penting sekali ialah mengembangkan nilai-nilai sistem baru—new system of values—dikalangan orangorang kita yang membolehkan mereka menerima munafaat dari ilmu pengetahuan dan teknik-teknik moden. Selain dari itu, kita hendaklah mengembelingkan tenaga manusia yang berlebihan dan menggunakan unsur-unsur kekayaan alam untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat di samping meluaskan kemudahan pelajaran terutama dibidang sains dan teknoloji.

Pada hemat saya, proses memodenkan masyarakat bukanlah hanya pada kulitnya sahaja bahkan sepatutnya lebih dari yang dilihat oleh mata saja. Hari ini radio boleh dikatakan alat perhubungan mass media yang mustahak disetiap rumah tetapi sebaliknya peti television masih merupakan satu kemewahan (luxury) kepada kebanyakan orang terutama rakyat di kampungkampung. Kerajaan menyediakan rangkaian jalanraya di kampung-kampung supaya rakyat luar bandar lebih senang membawa hasil pengeluaran ke pasaran untuk mendapat harga yang baik dan dengan itu pendapatan yang lumayan. Yang pentingnya ialah pendapatan lumayan itu hendaklah dibelanja untuk perkaraperkara yang mustahak untuk keperluan sehari-hari yang lebihnya hendaklah disimpan untuk faedah masa hadapan dan tidak dibelanjakan untuk perkara-perkara mewah (luxury) yang tidak begitu mustahak. Umpamanya kecenderongan setengah-setengab pemuda di Kampung-kampung menukar motocycle atau scooter baru apabila selesai musim padi tidaklah boleh dianggap satu kemajuan.

Dengan Iain-lain perkataan, modernisation bermakna memilih jalan yang wajar bagi masyarakat kita, sesuai dengan keadaankeadaan sekeliling, supaya dapat menggunakan sebaik-baiknya kemajuan ilmu pengetahuan sains dan teknoloji yang terdapat hari ini.

Kita di Malaysia ini sungguh beruntung kerana negara kita dikurniai Allah dengan kekayaan hasil-hasil bumi serta tanah yang subur untuk berbagai jenis tanam-tanaman. Rakyat negara yang berbilang kaum, yang sebahagian besarnya golongan belia, merupakan kekayaan tenaga manusia yang mana kalau digembelingkan dalam satu barisan yang bersatu padu membolehkan kita mencapai cita-cita nasional dengan sepenuhnya.

Tegasnya, kedudukan kita hari ini adalah penuh dengan potential-potential bagi mencapai; matlamat negara dalam jangka waktu yang tidak begitu lama.

Saudara-saudara,

Bagainiana pun adalah diakui bahawa pada hari ini masih terdapat kelemahan-kelemahan dalam fabric masyarakat kita dan saya rasa mustahaklah kelemahan-kelemahan ini diatasi seberapa segera supaya mempercepatkan proses ke arah modernisation itu. Pada amnya, kelemahan-kelemahan ini berpunca dari hakikat masyarakat kita yang tradisional dan custom-oriented. Oleh itu nyatalah bahawa anak kunci bagi menghuraikan masaalah tadi ialah mengubah nilai-nilai hidup dan sikap orang-orang kita itu, mendesak mereka supaya berfikir serta bertindak dengan cara yang moden dan dengan itu dapat membina lembaga-lembaga ekonomi dan sosial yang moden pula.

Saya berharap Seminar yang akan berlangsung tiga hari ini akan mengkaji keseluruhannya serta merumuskan langkah-langkab yang patut diambil untuk mempercepatkan proses modernisation itu.

Saya bersetuju dengan pendapat ahli-ahli bijak pandai bahawa apa yang perlu ditanamkan di hati sanubari angkatan muda kita terutamanya ialah "motivation" dan sikap "achievementoriented". Kita semua maklum bahawa orang tua-tua di rmasa dahulu tidak kurang hasrat dan cita-cita yang tinggi membaiki taraf hidup meskipun mereka tidak mengenal istilah ekonomi. Sebaliknya pepatah lama "rajin dan usaha itu tangga kekayaan" jelas membuktikan motivation mereka serta minat mencapai kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Suasana hari ini menghendaki pengubahan cara pemikiran kita dalam menghadapi soal-soal hidup. Sikap baru yang dimaksudkan itu antara Iain-lain kesediaan menerima idea baru serta cuba menjalankan cara-cara kegiatan ekonomi yang moden. Orangorang kita hendaklah juga mempunyai daya pemikiran dan timesense yang lebih mementingkan masa sekarang dan masa depan dari tidak khayal atau hanyut dengan masa yang sudah lalu,

Begitu pula dalam sebarang usaha yang dijalankan hendaklah dititikberatkan perancangan, organisasi dan kecekapan supaya usaha itu membawa hasil yang lebih bermakna. Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknoloji moden tanpa membelakangkan kewajipan-kewajipan kita sebagai manusia yang beriman.

Saudara-saudara,

Inilah sedikit sebanyak buah fikiran yang dapat saya kemukakan untuk perhatian bersama. Saya percaya kertas-kertas kerja yang disediakan oleh ahli-ahli panel mengupas masaalahmasaalah masyarakat dengan lebih mendalam. Hasil-hasil perbincangan yang timbul daripada Seminar ini akan memberikan garis-garis panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya tindakan-tindakan tegas boleh dijalankan selanjutnya.

Saya percaya Seminar ini akan mencapai keputusan-keputusan yang berguna kepada kita semua. Tugas-tugas hari depan adalah berat dan kita mestilah bersedia menghadapi cabaran-cabaran itu. Bagi pihak Kerajaan, saya telah seringkali menyatakan keazaman supaya rancangan-rancangan untuk kebahagian rakyat dan negara dijayakan dengan sepenuhnya. Tetapi kejayaan itu hanya akan benar-benar terjamin dengan adanya sambutan yang positif dari pihak rakyat, terutama orang-orang kita. Inilah yang menghendaki sikap baru, semangat baru dan dedikasi dari kita semua supaya hasrat dan cita-cita baru itu tercapai dengan sepenuhnya.

Saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar ini.

 


  1. Seminar ini ialah anjuran Kementerian Pembangunan Negara dan; Luar Bandar.