Perajurit-perajurit sekalian:
Hari ini negara kita memasuki tahun yang ke empat dengan perasaan yang penuh yakin yang kita menghadapi satu tahun yang lebih cemerlang dan lebih makmur lagi daripada tahun-tahun yang lepas.
Masa hadapan negara kita, rakyatnya, termasuklah masa hadapan perajurit-perajurit sekalian, sebagai pembela dan penjaga keselamatan negara dan rakyat, adalah cerah sekali. Nasib kita bersinar kerana kita memulakan kehidupan kita dalam tahun baru ini dalam keadaan dan suasana yang aman dan tenteram kerana konfrantasi telah tamat.
Pada hari tahun baru ini, saya suka mengucapkan kepada perajurit- perajurit sekalian Selamat Tahun Baru, Selamat Berpuasa, Selamat Bertugas dan Selamat membaharui azam dan niat masingmasing. Saya berdoa dan berharap tahun 1967 ini akan memberi dan menjamin perajurit-perajurit sekalian lebih tuah, kesihatan yang baik, kemakmuran serta kesejahteraan hidup, kesejahteraan rohani dan
jasmani, dari tahun-tahun yang lalu.
Pada hari ini saya suka mengambil peluang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada perajurit-perajurit yang telah menunjukkan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi kepada Kerajaan dan negara. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kecergasan dan keberanian perajurit-perajurit menjalankan kewajipan masing-masing. Sepanjang konfrantasi dengan Indonesia dan selama 12 tahun menghadapi darurat melawan komunis keberanian dan kecekapan askar-askar kita disanjung tinggi dan telah mendapat pengiktirafan dunia.
Sungguhpun konfrontasi sudah tamat tetapi kewajipan perajuritperajurit berjalan terus dan perlu lebih berwaspada lagi. Kita masih mempunyai banyak musuh-musuh yang terdiri dari komunis dan anasir-anasir jahat yang lain. Kerana itu pasukan bersenjata kita mestilah sentiasa berwaspada terhadap gerakan-gerakan yang hendak menghancurkan negara, agama dan bangsa kita.
Mustahaklah kita meneruskan pembesaran pasukan bersenjata kita supaya kita mempunyai tentera-tentera yang cukup lengkap bagi mempertahankan negara kita. Pasukan bersenjata kebangsaan kita,
tentera darat, tentera laut dan udara, mestilah dialati dengan senjatasenjata dan kenderaan-kenderaan yang paling moden. Begitu juga Kerajaan adalah berazam hendak menjaga dan mengadakan kemudahan-kemudahan dan kesenangan hidup bagi perajurit-perajurit sekalian.
Perajurit-perajurit sekalian:
Kerajaan Perikatan benar-benar berazam hendak memelihara kepentingan-kepentingan perajurit-perajurit sekalian dan saya berdoa moga-moga dengan berkat Tuhan, kerjasama tuan-tuan sekalian dan
keamanan yang ada, nasib kita semua - tuan-tuan, saya dan negara kita - akan bertambah baik dalam tahun 1967.
Selamat Tahun Baru dan Merdeka!