Tuan Pengerusi, saya suka hendak memberi keterangan berkenaan dengan peristiwa yang berlaku di Daerah Kalabakan, Sabah pada 29 haribulan ini yang telah menyebabkan lapan daripada ahli-ahli tentera
dan seorang pegawai kita terkecewa dan terkorban dan sembilan orang telah luka. Tuan Pengerusi, saya suka terangkan bahawa lebih kurang pukul 8.30 malam pada 29 haribulan Disember ini satu pasukan musuh yang difikirkan seramai lebih kurang tiga puluh lima atau empat puluh orang yang diketuai oleh seorang yang menamakan diri dia "Sea Devil" iaitu daripada T.K.O. - Tentera Komando Operasi dan juga the secondin-commandnya, pun difikirkan regular tentera Indonesia, dan ketiganya seorang yang bernama Henderick, iaitu dahulunya orang tahanan yang ditahan di Jesselton, dan seorang penduduk di Tawau. Henderick ini seorang daripada yang luka dalam pencerobohan itu.
Pencerobohan itu datang pada waktu malam daripada dua penjuru. Satu daripada utara; satu daripada barat. Daripada utara datangnya dan sebelah belakang atas bukit dan di situlah tentera kita pasukan
Headquarters 'C' Company, Platoon No. 9 dan Platoon No. 10 berada pada malam itu kerana pada besoknya hendak memulakan serangan pada pihak musuh. Jadi, oleh sebab serangan itu tidak diketahui dan
musuh datang dengan menggunakan handgrenade, rifle dan small firearms, jadi hanya apabila meletup handgrenade itu baharu diketahui serangan itu, dan pada masa itu orang kita tercedera, dan selepas
daripada itu pihak tentera kita membuat serang balas, dan peperangan berlaku selama dua setengah jam daripada pukul 8.30 sampai pukul 11.00. Selepas itu musuh lari dan diketahui seorang daripada musuh itu terbunuh dan empat orang luka, seorang dalam tahanan kita, tetapi pada masa ini belum dapatlah disoal untuk mendapatkan keterangan. Serangan yang kedua daripada sebelah barat iaitu kepada Police Station yang ada di situ. Di Police Station itu pihak Koperal dan juga ahli pasukan polis dapat menyerang balik dan tidak ada ahli kita tercedera, dan seperti saya katakan tadi pihak musuh telah undur dan tidak ada kematian ataupun kemalangan bagi pihak polis.
Jadi, seperti saya katakan tadi tentera kita telah pergi ke situ kerana hendak bersiap sedia menyerang musuh, sebab pada 22 haribulan Disember telah diketahui musuh ada datang hala daerah itu, Kalabakan, dan pihak tentera kita telah bersiap sedia hendak menyerang musuh dan diharap pada 30 haribulan itulah hendak memulakan serangan itu. Tetapi, peristiwa itu berlaku pada malam 29 haribulan, malangnya tempat Kalabakan itu ialah Kongsi Kilang Papan yang memakai banyak kuli-kuli daripada orang-orang Indonesia. Jadi, dipercayai barangkali sungguhpun kebanyakan daripada orang-orang itu taat setia, tetapi dipercayai hanyalah dengan pertolongan daripada orang yang ada di situ baharu boleh dapat musuh masuk dengan senangnya, dan mengetahui akan gerak geri tentera kita.
Jadi, Tuan Pengerusi, saya suka menyebutkan di sini bahawa tentera kita telah menjalankan kewajipannya dengan sangat memuaskan hati, mempertahankan diri mereka itu dengan bersungguh-sungguh, walaupun dalam keadaan yang semacam itu mereka dapat menghalau musuh daripada tempat itu. Dan sekarang ini kita telah menghantar tenteratentera lain untuk mencari musuh tiga puluh atau empat puluh orang itu yang telah lari daripada situ dan kita berazam hendak menjalankan serangan dengan seberapa daya-upaya bagi menghapuskan musuh.
Tetapi terang dan nyatalah, Tuan Pengerusi, bahawa musuh iaitu pasukan yang bukan sahaja disokong dan diketuai oleh Indonesia menyerang kem tentera kita dalam negara kita sendiri iaitu tiga puluh batu daripada sempadan Kalabakan, dan sudah teranglah bahawa apa sebenarnya tujuan pihak Indonesia terhadap negara kita ini. Saya suka terangkan di sini juga iaitu tentera kita ada mempunyai
senjata yang cukup, kita ada memakai senapang yang baharu SLR — Self-Loading-Rifle dan kita mempunyai Stirling atau Close-Range Automatic Weapon dan kita mempunyai Heavy Barrel Self-Loading
Rifles dan juga Rocket Launchers (motor) dan tentera kita tidak kurang latihan. Pasukan yang Ketiga Askar Melayu Diraja itu telah berlatih dahulu bersedia kerana hendak pergi ke Congo. Oleh sebab pemergian itu dibatalkan, maka itulah sebab tentera itu dihantar dahulu ke Sabah. Jadi, tidaklah kekurangan latihan, Tuan Pengerusi, dan tentera kita tahu mana-mana juga peperangan. Pada masa darurat dahulu telah menjalankan tugasnya dengan sangat gilang-gemilang, begitu juga pada masa berada di Congo telah menjalankan tugas mereka itu dengan gilanggemilang dan sehingga kita mendapat kepujian yang sangat tinggi. Dan saya yakin dan percaya di tempat-tempat ini juga, Sabah dan Sarawak mereka itu akan menjalankan tugasnya dengan sempurna juga, tetapi peristiwa yang berlaku ini adalah satu kemalangan yang tak dapat dielakkan perkara yang semacam ini berlaku dalam keadaan ini, sebab sebelum daripada ini kita telah dapat mengenakan pertempuran kepada musuh beberapa banyak kali, rasa saya lebih kurang sebelas dua belas kali, dan pada satu masa itu kita telah mencederakan dua puluh enam orang musuh di Long Jawi. Jadi tak dapat tiada dalam keadaan yang semacam ini, perkara yang semacam ini telah berlaku dan kita berharap pada masa yang akan datang tentera-tentera kita dapatlah bersungguhsungguh menunjukkan kecergasan dan keberanian mereka itu.
Jadi, seperti yang saya katakan tadi bukanlah kerana kekurangan latihan dan bukan kerana kekurangan senjata, kita ada cukup senjata dengan segala-galanya. Saya sebutkan tadi daripada mula konfrontasi berjalan hingga hari ini telah sebelas kali tentera-tentera kita dan askaraskar British bertempur dengan musuh dan pada tiap-tiap kali itu pihak musuhlah yang tercedera, yang banyak terbunuh, dua puluh enam orang di Long Jawi dan juga di tempat-tempat lain seperti di Bertangga dan juga di Tenaga Biru di mana beberapa orang musuh telah terbunuh. Jadi, kita di dalam keadaan perang. Kerajaan ada mengambil berat dalam hal konfrontasi dan dengan sebab itulah bagi pihak Kerajaan ada menetapkan satu brigade di sana yang diketuai oleh seorang Brigadier Kanan, akan tetapi berkenaan dengan kedudukan tentera-tenteTa kita, kita kenalah lepaskan perkara ini kepada ahli tentera. Jadi, sempadan di antara Sabah dan Sarawak dengan Indonesia ini sangatlah luas dan
di setengah-setengah tempat adalah dijagai oleh tentera British, dan di setengah-setengah tempat adalah dijagai oleh polis begitu juga di setengah-setengah. tempat ada dijagai oleh kita, dan di Tawau inilah tempat yang dijaga oleh Pa'sukan Ketiga Askar Melayu Diraja. Dan selepas sahaja berlaku peristiwa ini, saya telah menghantar Major General Abdul Hamid1 supaya pergi menyiasat perkara ini dengan sehalus-halusnya, menengok keadaan dan kedudukan tentera-tentera kita dan saya berharap selepas mendapat penyata daripada Major General Abdul Hamid ini dengan mendapat keterangan-keterangan yang sebenarnya, juga keadaan kita di sana dan kedudukan musuh serta kedudukan tentera-tentera kita. Saya harap saya sendiri akan dapat pergi ke sana supaya dapat mengetahui dengan sebenarnya, apa kedudukan yang sebenarnya, dan apa langkah-langkah yang patut kita ambil kalau lebih lagi daripada itu.
Jadi, inilah dianya, Tuan Pengerusi, yang saya sebutkan tentang langkah-langkah yang kita sedang ambil terhadap konfrontasi ini. Kita terpaksalah berunding dengan rakan-rakan kita terutama sekali dari pihak British dan juga pihak Australia dan New Zealand di mana ketiga-tiga negara ini telah mengaku hendak mempertahankan Malaysia ini, jikalau dicerobohi oleh pihak negera luar.
Berkenaan dengan hal pakaian-pakaian juga, mereka itu adalah mempunyai uniform yang sebenarnya digunakan dalam jungle warfare. Jadi Ahli Yang Berhormat dari Kuala Trengganu Utara2 bertanya mengapa
Ketua TUTUS Angkatan Tentexa.Encik Abdul Kadir b. Ismail.tidak pakai topi besi, jadi topi besi ini tidak biasa dipakai dalam jungle warfare, kerana ini terlampau berat, terlampau panas, jadi biasa dipanggil jungle cap. Maka begitulah juga berkenaan dengan askar-askar yang telah mendapat kemalangan itu. Bagi mereka yang telah kehilangan jiwa itu, Kerajaan ada menyediakan pencen, bukan sahaja kepada isteri bahkan kepada anaknya sehingga kanak-kanak itu tamat sekolah. Begitu juga kepada mereka yang cedera, yang luka itu jika tidak dapat berkhidmat lagi, mereka akan mendapat pencen. Bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri3 telahpun memberi hadiah $3,000 bagi tiap-tiap seorang yang telah mati itu, kerana memberi sagu hati daripada pihak Kerajaan kepada mereka itu.
Jadi seberapa yang boleh kita buat dan di atas orang-orang yang telah kena kemalangan ini, seperti yang saya katakan, di dalam perang tak dapat tiada perkara yang semacam ini berlaku. Kita harap tidak kerap berlaku dan kita berharap kalau berlaku pertempuran, kita akan dapat membinasakan musuh-musuh lebih daripada musuh yang dapat merosakkan kita.
Ahli Yang Berhormat dari Kuala Trengganu Utara ada mencadangkan iaitu patutlah kita bawa perkara ini kepada United Nations, atau Bangsa-bangsa Bersatu. Saya suka terangkan bahawa pihak kita telahpun memberitahu Setiausaha Agong, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 30 haribulan ini di mana kita telah memberitahu berkenaan dengan perbuatan daripada pihak Indonesia, iaitu kata orang putih: Violation of our air space daripada 28—30 Disember, pukul 11.45 pagi (Sabah time) kita dapati satu Mitchell B25 Bomber, dua Mustang F55 satu fighter terbang atas Wallace Bay. Ini di dalam kawasan kita di sebelah sini Pulau Sebatik. Begitu juga pada pukul satu (Sarawak time) pada 28 haribulan Disember ini, satu Mitchell B25 Bomber juga dengan tanda Indonesian Air Force telah terbang di sebelah Selatan Bario 5th Division, Sarawak. Begitu juga pada pukul 9.40 pagi (Sarawak time) pada 29 haribulan Disember juga Aircraft Mitchell B29 terbang keliling di 5th Division, Sarawak.
Jadi, Wakil Tetap kita telah memberitahu kepada Setiausaha Agong, Bangsa-bangsa Bersatu tentang perbuatan-perbuatan Indonesia ini yang telah melanggar air space kita dan kita telah meminta Setiausaha Agong, Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengambQ apa-apa juga langkah yang difikirkan patut. Begitu juga kita telah memberitahu berkenaan dengan peristiwa pada 29 haribulan Disember ini, dan kita telah terangkan bahawa perkara ini berlaku ialah di dalam kawasan kita, di dalam negeri kita tiga puluh batu dari sempadan. Jadi, perkara-perkara ini adalah di 3Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.dalam pengetahuan Setiausaha Agong, Bangsa-bangsa Bersatu dan kita pulangkanlah kepada Setiausaha Agong, Bangsa-bangsa Bersatu bagi mengambil apa juga langkah yang difikirkan patut dan bagi diri kita, kita tidaklah ingat hendak mengambil langkah memberitahu Setiausaha Agong, Bangsa-bangsa Bersatu, atau Security Council bila sampai masanya perkara ini.
Jadi, Tuan Pengerusi, itulah langkah-langkah yang kita telah ambil. Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak Pembangkang sekarang terutama sekali dari Parti P.A.S. patutlah faham bahawa apa dia yang diperbuat oleh pihak Indonesia. Jadi, bagaimanakah kita hendak mengatakan yang Indonesia itu berkehendakkan kerjasama, berkehendakkan keamanan di Tenggara Asia ini. Ini jelas sekarang kita telah diserang oleh pihak Indonesia dan dua tiga hari dahulu Menteri Luar Indonesia, Dr.Subandrio telah berkata yang Indonesia bukan hendak bermusuh dengan rakyat Malaysia bahkan hendak bermusuh dengan British, dan begitu juga Menteri Pertahanan Indonesia, General Nasution telah berkata yang Indonesia tidaklah hendak bermusuh dengan rakyat Malaysia yang dipanggil our blood brothers, tetapi ialah hendak menentang British, akan tetapi yang kena bunuh, yang kena binasa ialah rakyat Malaysia, ahli-ahli Askar Melayu DiRaja. Jadi, adakah kita boleh percaya percakapan-percakapan yang semacam itu? Saya harap Ahliahli dari pihak Pembangkang akan faham di atas perkara ini yang Kerajaan Perikatan sekarang ini adalah mengambil apa-apa langkah yang patut bagi mempertahankan negara kita daripada serangan musuh yang telah nyata berniat hendak menakluki negeri kita ini.
Dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi penerangan yang lebih lanjut di kemudian kelak berkenaan dengan tujuantujuan pihak Indonesia, tetapi saya berharap kepada pihak Pembangkang jikalau mereka itu benar-benar berkehendakkan keamanan dan ketenteraman, sayangkan negeri ini, maka hendaklah dari sekarang ini berdiri di belakang Kerajaan bagi bersama-sama mempertahankan negara kita.
- Ketua TUTUS Angkatan Tentexa.
- Encik Abdul Kadir b. Ismail.
- Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.