Tarikh: 16 April 2025 | 17 Syawal 1446H
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Puncak Alam
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Kampus Puncak Alam telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Selangor bagi sesi 2024/2025 dalam satu sesi pertemuan rasmi yang diadakan pada 16 April 2025 bersamaan 17 Syawal 1446H.
Sesi ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kerjasama, dengan objektif utama untuk memperkukuh hubungan dua hala antara pihak perpustakaan dan kepimpinan pelajar. Antara matlamat utama pertemuan ini termasuklah:
-
Mengeratkan jalinan hubungan strategik antara PTAR dan MPP;
-
Memberi pendedahan kepada barisan MPP mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PTAR;
-
Merancang inisiatif serta program kolaboratif antara PTAR dan MPP;
-
Memperkasakan peranan MPP sebagai agen perantara dalam menyampaikan maklumat berkaitan perpustakaan kepada warga mahasiswa.
PTAR diwakili oleh Puan Hani Liza, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Puan Hafiza, Pustakawan Kanan. Kedua-dua wakil perpustakaan menyambut baik kunjungan ini dan turut berkongsi pelbagai peluang kerjasama serta inisiatif yang boleh dimanfaatkan oleh mahasiswa melalui peranan aktif MPP.
Barisan MPP yang hadir dalam sesi ini adalah seperti berikut:
-
Nur Hidanah Afiqah – Naib Yang Di-Pertua
-
Ahmad Syakirin – Penolong Yang Di-Pertua, Jabatan Pengurusan Sumber & Informasi
-
Muhammad Eiman – Penolong Yang Di-Pertua, Jabatan Kebajikan Mahasiswa
-
Nur Mujahidah Najwa – Setiausaha Komunikasi Korporat
-
Siti Nur Atiqah – Exco Kerohanian & Pembangunan
PTAR amat mengalu-alukan kesediaan dan komitmen barisan kepimpinan pelajar untuk menjalin kerjasama strategik dalam memperkasakan budaya ilmu serta menyokong aspirasi UiTM dalam pembudayaan ilmu di kalangan mahasiswa.
Pihak PTAR yakin sinergi ini mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada komuniti kampus, malah kepada perkembangan sahsiah dan intelektual para pelajar UiTM secara keseluruhan.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor atas kunjungan dan kerjasama yang terjalin.
Semoga hubungan strategik ini terus berkembang ke arah kecemerlangan bersama.