Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
Program: Sarjana Patologi
Tarikh: 24 Mac 2025
Masa: 11.00 pagi hingga 1.00 petang
Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Sungai Buloh telah menerima kunjungan panel penilai daripada Malaysian Qualifications Agency (MQA) pada 24 Mac 2025 bagi tujuan Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh untuk program Sarjana Patologi Fakulti Perubatan UiTM.
Lawatan yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang ini bertujuan untuk menilai tahap kesediaan perpustakaan dari aspek kemudahan, perkhidmatan, dan koleksi bahan ilmiah yang menyokong keperluan akademik dan penyelidikan pelajar serta pensyarah program Sarjana Patologi. Sepanjang sesi lawatan, panel penilai telah diberi taklimat mengenai sumber digital, koleksi bahan rujukan terkini dalam bidang perubatan dan patologi, kemudahan ICT, ruang pembelajaran, serta pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan.
Perpustakaan komited untuk terus menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sokongan maklumat akademik yang selaras dengan standard pengajian tinggi serta keperluan akreditasi MQA.