Sesi Meet and Greet dan Taklimat Perpustakaan Digital (PERMATA)
(2.30 petang - 4.00 petang, 9 April 2025)
Sesi ini telah dilaksanakan oleh Puan Noor Azlin Abdullah, Pustakawan Kanan dan Puan Nurul Atika Harud Din, Pustakawan Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, HASA, kepada Jabatan Radiologi yang dihadiri oleh 9 orang staf.
Sesi ini telah memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai fungsi-fungsi perkhidmatan dan bahan perpustakaan yang boleh diakses secara maya, termasuk pangkalan data atas talian, e-books, pembaharuan buku atas talian, PRIME, dan juga promosi platform ELIB.
Selain itu sesi ini juga menerangkan tatacara cadangan buku dan juga buku eletronik melalui sistem PERMATA.