Teaching Library Programme

Perbincangan Program Khidmat Komuniti Bersama SMK Canossian Convent Segamat

Perbincangan Program Khidmat Komuniti Bersama SMK Canossian Convent Segamat

Segamat, 11 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat telah menerima kunjungan daripada wakil Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Canossian Convent, Segamat bagi membincangkan pelaksanaan Program Khidmat Komuniti Sekolah yang dijadualkan berlangsung pada 15 April 2025.

Dalam sesi perbincangan yang berlangsung di PTDI ini, pelbagai aspek penting telah dibincangkan bagi memastikan kejayaan program tersebut. Perbincangan ini turut disertai oleh Cikgu Wong Hwee Hwee yang mewakili pihak SMK Canossian Convent Segamat. Antara perkara yang dibincangkan termasuk penyusunan modul, jadual program, serta pemilihan fasilitator yang akan terlibat sepanjang program berlangsung.

Menurut wakil PTDI, pihak perpustakaan komited untuk memberikan sokongan penuh dalam menjayakan program ini. "Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan SMK Canossian Convent dalam menjayakan program khidmat komuniti ini. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar tetapi juga meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan ilmu dan kemahiran pengurusan diri," ujar Encik Ahmad Akmal Idris (Pustakawan Kanan).

Program Khidmat Komuniti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan perpustakaan sebagai pusat ilmu serta membangunkan kemahiran mereka dalam mencari dan mengurus maklumat dengan lebih berkesan. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada para pelajar serta mengeratkan lagi hubungan antara institusi pendidikan dalam usaha memperkasa ilmu pengetahuan.

Dengan perbincangan yang berjalan lancar dan persefahaman yang dicapai, PTDI mengalu-alukan kerjasama ini dan berharap program yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya pada tarikh yang telah ditetapkan.

Hebahan media sosial : media sosial

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.