Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Taklimat Format Surat Rasmi Sempena Bengkel Pemantapan Jawatankuasa Perwakilan Kolej & Non Residen (JPKNR)

Kedah – Seramai 71 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej & Non Residen (JPKNR) telah menyertai Taklimat Format Surat Rasmi sempena Bengkel Pemantapan JPKNR yang telah diadakan pada 30 Mei 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik Kuliah 2, Kolej Malinja, UiTM Cawangan Kedah. Takklimat berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 4.00 petang.

Taklimat khas ini telah disampaikan oleh Puan Atirah Ruslan selaku Ketua Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah yang berkongsi panduan penulisan surat rasmi berdasarkan format yang digunakan secara rasmi dalam urusan pentadbiran universiti. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman yang jelas kepada semua wakil pelajar mengenai tatacara penyediaan dokumen rasmi bagi memastikan komunikasi rasmi pelajar dengan pihak pengurusan dijalankan secara profesional dan beretika.

Sepanjang sesi taklimat, peserta diberikan penerangan terperinci tentang struktur surat rasmi, penggunaan bahasa yang betul, serta kesalahan umum yang sering berlaku dalam penulisan. Selain itu, beberapa contoh surat rasmi juga dibentangkan dan dibincangkan secara interaktif bersama peserta bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran praktikal mereka.

Taklimat ini merupakan satu inisiatif yang sangat bertepatan bagi memperkasa barisan kepimpinan pelajar dalam aspek pengurusan dan komunikasi rasmi. Dengan pendedahan yang diberikan, diharapkan semua ahli JPKNR dapat melaksanakan tugas dengan lebih sistematik dan menyumbang kepada pengurusan kolej dan universiti secara lebih berkesan.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.