PASIR GUDANG, 21 Mei 2025 - Perpustakaan Tun Dr. Ismail, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan Program UiTM Johor Membaca secara bersemuka ke Bahagian Pengurusan Fasiliti dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Program ini dilaksanakan untuk memberi penerangan tentang sistem My Reading List dan eLibs. Penerangan My Reading List telah diberikan oleh Encik Mohd Sharir Mohd Shaini, Pembantu Pustakawan Kanan manakala penerangan mengenai sistem eLibs telah diberikan oleh Encik Idris Muhammad, Timbalan Ketua Pustakawan (M) (KUP).
Kedua-dua sesi ini memberi manfaat besar kepada peserta dalam memanfaatkan sumber digital perpustakaan dengan lebih efektif.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk minat membaca serta meningkatkan tahap literasi dalam kalangan warga UiTM Johor. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi budaya ilmu di institusi ini.