Pasir Gudang, 29 Mei – Pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail merakamkan setinggi terima kasih kepada Puan Mawar Noor Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Johor yang telah melaksanakan sesi libat urus bersama warga perpustakaan kampus Pasir Gudang yang telah berlangsung pada Khamis, 29 Mei 2025.
Sesi ini melibatkan 8 orang staf terdiri daripada seorang Timbalan Ketua Pustakawan dan 7 orang Pembantu Pustakawan Kanan. Sesi libat urus ini memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai strategi dan inisiatif untuk mencapai KPI dan PI yang telah ditetapkan.
Turut dibincangkan ialah aspek operasi perpustakaan, peningkatan mutu perkhidmatan serta inovasi dalam pengurusan perpustakaan. Program ini juga memberi peluang kepada warga perpustakaan untuk melontarkan idea kepada pihak pengurusan perpustakaan bagi merancakkan lagi perkhidmatan perpustakaan di kampus Pasir Gudang.