BANDAR JENGKA, 30 Mei 2025 – Satu program berimpak tinggi bertajuk Speed Reading telah berjaya dilaksanakan di UiTM Cawangan Pahang dengan penyertaan daripada staf akademik dan staf pentadbiran kampus.
Program yang dikendalikan oleh Puan Muniratul Husna Mohd Zaki ini bertujuan memperkenalkan serta memupuk amalan teknik bacaan pantas dalam kalangan warga kampus bagi meningkatkan kecekapan serta kefahaman semasa membaca.
Antara objektif utama program ialah:
-
Memberi pendedahan tentang teknik speed reading kepada komuniti kampus
-
Menggalakkan aplikasi teknik ini bagi meningkatkan kecekapan dan kefahaman membaca
-
Menyokong KPI 5 dengan sasaran 2,500 penyertaan dalam Program Budaya Ilmu
-
Menyokong PI 4 dengan sasaran 33,116 pengunjung fizikal ke perpustakaan
-
Menyokong aspirasi Perpustakaan UiTM sebagai pusat kecemerlangan ilmu sejajar dengan SDG 4 – Pendidikan Berkualiti
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh budaya ilmu, mempertingkatkan literasi maklumat, serta menyokong matlamat UiTM dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada semua warga kampus.