Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Minggu Biblioterapi@PSB

28 Mei 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Minggu Biblioterapi bermula pada 25 hingga 28 Mei 2025, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini merupakan salah satu inisiatif perpustakaan dalam menyokong kesejahteraan mental dan emosi warga kampus melalui kaedah intervensi bacaan yang bersifat terapeutik.

Sepanjang empat hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang minggu tersebut, termasuk Bengkel Asas Biblioterapi, pameran buku, Reruai Bibiloterapi turut diadakan di dua lokasi iaitu Food Court dan CourtYard, UiTM Cawangan Kedah. Antara aktiviti yang diadakan di setiap reruai termasuklah interaktif bersama kaunselor. Program ini berjaya menarik perhatian pelajar yang ingin memahami lebih lanjut tentang biblioterapi dan cara menjadikan bacaan sebagai alat pemulihan kendiri.

Program ini juga bertujuan memperkenalkan peranan perpustakaan bukan sahaja sebagai pusat rujukan akademik, tetapi juga sebagai ruang sokongan psikososial yang mampu membantu pengguna menghadapi tekanan emosi dan cabaran kehidupan harian. Konsep biblioterapi yang diketengahkan adalah selaras dengan amalan perpustakaan moden yang lebih inklusif dan mesra komuniti.

Secara keseluruhannya, Program Minggu Biblioterapi anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah dengan kerjasama strategik bersama Unit Psikologi & Kaunseling memperkukuh matlamat untuk menjadikan perpustakaan bukan sahaja pusat ilmu, tetapi juga ruang sokongan emosi dan kesejahteraan pelajar. Inisiatif ini membuktikan bahawa pendekatan holistik dalam pembangunan mahasiswa bukan sahaja memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik, tetapi juga kesejahteraan mental dan keseimbangan emosi.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.