Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Mesyuarat Sinergi PNC InQKA 2025: Perkukuh Penyelarasan Kualiti Sistem UiTM

13 Jun 2025 | Shah AlamPuan Siti Aishah Sadan, Ketua Unit Kualiti, Jabatan Perpustakaan UiTM, telah menghadiri Mesyuarat Sinergi Penolong Naib Canselor (PNC) InQKA bersama Ketua Unit Kualiti (KUK), Ketua Unit Kualiti dan Akreditasi (KUKA), serta Pegawai yang Menguruskan Kualiti di Seluruh Sistem UiTM (MeQKU) bagi kali pertama tahun 2025.

Mesyuarat ini telah berlangsung pada 10 hingga 12 Jun 2025 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM (ILD), dan dianjurkan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

Mesyuarat ini merupakan platform penting dalam:

  • Menyelaraskan hala tuju pengurusan jaminan kualiti akademik dan akreditasi di seluruh UiTM

  • Memperkasa pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)

  • Membincangkan strategi bagi inovasi, kecemerlangan operasi dan penganugerahan kualiti

  • Menyemak pelaksanaan Audit Integrated Quality Management System (iQMS)

  • Menggalakkan pengembangan ilmu dalam kalangan pegawai kualiti UiTM

Penyertaan aktif dari wakil Jabatan Perpustakaan mencerminkan komitmen terhadap penambahbaikan berterusan dan penyelarasan strategi kualiti yang holistik dalam menyokong misi serta visi universiti.

Inisiatif seperti ini memberi impak besar dalam menjamin tadbir urus yang cekap, berintegriti dan berteraskan kecemerlangan menyeluruh merentas sistem UiTM.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.