JASIN, 14 Mac 2025 - PTAR UiTM Cawangan Melaka telah menjalankan sesi Meet & Greet Bersama Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM), UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pensyarah mengenai Sistem Perpustakaan UiTM yang baharu iaitu PERMATA dan proses membuat cadangan perolehan bahan rujukan universiti di dalam sistem PERMATA di bahagian Reading List Recommendation (buku bercetak) dan Portal E-Book (buku elektronik). Cadangan ini penting bagi memastikan perolehan bahan rujukan dapat disediakan mengikut keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti. Sesi ini dimulakan dengan ucapan kata aluan daripada Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Melaka dan seterusnya penerangan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan telah dibantu oleh Encik Abdul Azim bin Ab. Ghani, Pustakawan dan staf Unit Sumber Rujukan Universiti PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi ini telah dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet dengan kehadiran seramai 42 orang peserta.
Sebarang pertanyaan mengenai perolehan bahan rujukan universiti boleh hubungi Whatsapp Business, PTAR UiTM Cawangan Melaka: https://wa.me/6065582081
Pautan Gambar: Facebook
Pautan Video: Tiktok