Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Panel Penilai Luar ke Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Sempena Akreditasi Program Diploma Kejuruteraan Awam

Lawatan Panel Penilai Luar ke Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang Sempena Akreditasi Program Diploma Kejuruteraan Awam

BANDAR JENGKA, 29 Mei 2025 – Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah menerima kunjungan Associate Prof. Ir. Dr. Norazura binti Muhamad Bunnori, Panel Penilai Luar bagi Program Diploma Kejuruteraan Awam (lantikan Lembaga Jurutera Malaysia, BEM), dalam sesi lawatan penilaian fasiliti.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses pembaharuan akreditasi oleh BEM, dengan fokus utama pada kemudahan perpustakaan, koleksi bahan rujukan berkaitan kejuruteraan, perkhidmatan digital serta sokongan pembelajaran kepada pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam.

Perpustakaan Al-Bukhari komited untuk terus mempertingkatkan sokongan terhadap kecemerlangan akademik dan memenuhi keperluan akreditasi program demi kualiti pendidikan yang unggul di UiTM Cawangan Pahang.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.