Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Lawatan Ilmu Dari Deligasi Universitas Nasional Indonesia

Pasir Gudang, 10 Julai 2025 – Pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang amat berbesar hati menerima lawatan ringkas dari deligasi Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Nasional, Indonesia sempena Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) bersama UiTM Caw. Johor, Kampus Pasir Gudang, yang berlangsung pada 10 Julai 2025.

Lawatan yang diketuai oleh Dr. Aos Yuli Firdaus, Dekan Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, UNAS, ini turut bersama-sama 8 orang tenaga pengajar dan 34 orang pelajar dari pengajian Pengurusan Pentadbiran, Komunikasi dan Perhubungan Industri ini dengan tujuan menjalinkan kerjasama serantau melalui aktiviti yang bakal dilaksanakan.
 
Semoga kerjasama yang telah dimulakan ini akan berlangsung dengan jaya dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
 
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.