Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Bengkel “Speed Read” Perkasa Kemahiran Bacaan Pelajar

Bengkel “Speed Read” Perkasa Kemahiran Bacaan Pelajar

Bengkel “Speed Read” Perkasa Kemahiran Bacaan Pelajar

Bagi memperkasakan pembudayaan ilmu pada warga universiti, PTAR Kampus Tapah dengan kerjasama Fakulti Perakaunan akan mengadakan sebuah bengkel “Speed Read” kepada pelajar semester dua hingga lima Diploma Perakaunan Kampus Tapah.

Maklumat Bengkel:

  • Tarikh: 16 Mei 2025

  • Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi

  • Tempat: Makmal Komputer PTAR

  • Penceramah: Aizu Hakimi Mohd Adnan (Pustakawan)

Objektif Bengkel:

  1. Meningkatkan keupayaan membaca dengan lebih pantas tanpa mengurangkan kefahaman terhadap bahan bacaan.

  2. Mendedahkan peserta kepada teknik dan strategi bacaan pantas yang berkesan dan boleh diaplikasikan dalam pembelajaran atau pekerjaan harian.

  3. Membantu peserta mengurus masa dengan lebih efisien dalam menghadam pelbagai bahan bacaan seperti artikel, laporan, jurnal dan buku ilmiah.

  4. Menggalakkan minat membaca dalam kalangan peserta melalui pendekatan yang lebih menarik dan berkesan.

  5. Meningkatkan kemahiran pemprosesan maklumat secara kritis dan analitikal dalam tempoh yang singkat.

Hubungi Kami:
📞 Tapah: 05-406 7135
📞 Seri Iskandar: 05-374 2009

Akses Digital & Media Sosial:
📚 PTAR Digital Library: https://perak.library.uitm.edu.my/
🔗 Link Media Sosial: https://linktr.ee/ptarperak

#Hashtags:
#keluargaUiTM #uitmlibrary #libraryforall #uitmdihatiku #PTARPERAK

Please publish modules in offcanvas position.