Selesai majlis perasmian, semua tetamu dibawa untuk melihat pameran yang telah disediakan di Ruang Bicara, PTAR. Pameran ini juga telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari Perpustakaan Negara Malaysia.
Pameran ini terdiri daripada replika Tibyan al-Maram Talibah al-Talabah, Adab Pelajar Menuntut Ilmu dan Syair Burung Nuri serta koleksi khas dari PNM. Disamping itu juga, terdapat manuskrip melayu, jawi, sejarah dan juga kemerdekaan. Pihak PNM juga membuka reruai jualan buku terbitan PNM dan para pelajar boleh mencuba tulisan jawi dengan menggunakan "Batang Resam". Terdapat juga pameran Manuskrip Tulisan Tangan Al-Quran dan koleksi Karya Ulama Perempuan Di Dalam Melayu.
Terima kasih diucapkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia terutama kepada Puan Suhaida binti Mohamad (Penolong Pengarah, Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu ((PKMM)) dan team beliau diatas kerjasama yang telah diberikan sepanjang program ini berlangsung. Pameran ini terbuka kepada semua yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat koleksi-koleksi ini. Pameran ini akan berlangsung sepanjang bulan Julai 2023, yang akan berakhir pada 31 Julai 2023.