Saturday, 26 Jamadilakhir 1446
Saturday, 28 December 2024

Library News

UiTM, UPI meterai MOC pembangunan perpustakaan dan kepustakawanan

UiTM, UPI meterai MOC pembangunan perpustakaan dan kepustakawanan

Bandung, 12 Disember 2022 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melakar sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya memeterai Memorandum Kerjasama (MOC) dengan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) di dalam bidang pembangunan perpustakaan dan kepustakawanan.
Menerusi MOC ini, institusi pendidikan tinggi di kedua-dua negara ini akan bekerjasama erat dalam perkara berkaitan pembangunan repositori, perkhidmatan perpustakaan dan komuniti serta pembangunan bakat di perpustakaan akademik.

Pemeteraian MOC ini telah ditandatangani oleh Ketua Timbalan Pustakawan UiTM YBrs. Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan dan Ketua Pustakawan UPI YBrs. Dr. Riche Cynthia Johan, M. Si.

Turut hadir di majlis yang diadakan di Perpustakaan UPI, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, ialah Ketua Jabatan Perolehan Bahan Perpustakaan UPI YBrs. Hada Hidayat Margana, M.I.Kom., Pustakawan Kanan UiTM Tuan Hj. Ahmad Faizar bin Jaafar dan Pustakawan UiTM Encik Asraf Zamani bin Hazim.

Dengan termeterainya MOC ini, Perpustakaan UiTM komited terhadap halatuju UiTM ke arah Gobally Renowned University 2025 (GRU2025) disamping memartabatkan perpustakaan dan profesion kepustakawanan di peringkat antarabangsa.

#gru #grulibraryuitm

Tags:

Please publish modules in offcanvas position.