Pasir Gudang, 29 Mei – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Pasir Gudang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Program ini berlangsung pada hari Rabu, 14 Mei 2025, jam 1.00 petang.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara MPP dan pihak pengurusan perpustakaan. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan berkongsi idea bagi meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Dr. Ismail demi kesejahteraan warga kampus.
Pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail juga mengambil kesempatan ini berkongsi perkhidmatan yang ditawarkan PTDI termasuk program Literasi Maklumat dan Sukarelawan Perpustakaan.