Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Program Mobile Library Ke Bahagian Pengurusan Fasiliti

PASIR GUDANG, 21 Mei 2025 - Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan program Mobile Library yang dibawakan terus ke Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kampus Pasir Gudang.

Program Mobile Library ini bertujuan untuk memperluaskan akses kepada sumber maklumat dan bahan bacaan dengan lebih mudah dan cepat kepada staf dan warga kampus tanpa perlu hadir secara fizikal ke perpustakaan utama. Dengan pendekatan ini, perpustakaan tidak hanya berfungsi sebagai pusat rujukan statik, tetapi turut bergerak mendekati komuniti kampus di pelbagai lokasi strategik.
 
Inisiatif seperti ini membuktikan komitmen PTDI dalam memastikan ilmu pengetahuan sentiasa dapat diakses dan dimanfaatkan oleh seluruh warga kampus, di mana sahaja mereka berada.
 
 
 
Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.