Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Library News

Wacana Ramadan Ar-Raudhah: “Di Luar Zona Selesa” Cetus Refleksi Diri Melalui Platform Digital

Wacana Ramadan Ar-Raudhah: “Di Luar Zona Selesa” Cetus Refleksi Diri Melalui Platform Digital

Kota Kinabalu, 18 Mac 2025 — Dalam usaha menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui medium intelektual dan kontemporari, Wacana Ramadan Ar-Raudhah telah menampilkan sesi bertajuk “Di Luar Zona Selesa” yang berlangsung secara dalam talian menerusi Youtube UiTM Sabah Channel pada jam 5:00 petang tadi.

Wacana yang disampaikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed mengetengahkan perbincangan mendalam mengenai keperluan untuk keluar dari zon selesa, khususnya dalam aspek ibadah, pengurusan masa, dan tanggungjawab sosial sepanjang bulan Ramadan. Beliau mengajak penonton untuk menjadikan Ramadan sebagai medan perubahan diri yang progresif dan tidak terikat pada kebiasaan semata-mata.

Sesi ini mendapat sambutan positif daripada warga kampus serta masyarakat luar, dengan jumlah tontonan yang memberangsangkan serta interaksi aktif di ruang komen. Kupasan yang bersifat reflektif dan menyentuh kehidupan seharian menjadikan wacana ini relevan dan memberi impak kepada pelbagai lapisan penonton.

Wacana Ramadan ini merupakan antara pengisian utama dalam rangka Program Ihya Ramadan anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sabah, yang memanfaatkan platform digital untuk menyampaikan mesej dakwah dan motivasi kepada khalayak lebih luas.

Siri wacana seterusnya dijangka membawa lebih banyak topik berinspirasi dalam usaha menyuntik kesedaran rohani dan intelektual sepanjang Ramadan.

https://www.youtube.com/watch?v=gOE15Lt6Ljs

 

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.